CIRI CIRI AKIDAH YANG SAHIH DAN KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TERSEBUT

                                                


                                         KOLEJ KOMUNITI KUALA  TERENGGANU                                       

  MPU 13012

     SUBJEK : PENDIDIKAN ISLAM

     NAMA PENSYARAH

      PUAN SURIA BINTI EMBONG


     NAMA KUMPULAN 

AQIL HAZIQ T01SKE21F041

ALIF AIMAN T01SKE21F010

BASRIE HAZIQ T01SKE21F045




PENGENALAN

    Akidah merupakan persoalan terpenting dalam kehidupan Muslim. Menurut Islam akidah menjadi asas atau tapak bagi pembinaan Islam keseluruhannya.1 Dari sudut yang lain juga akidah dapat disifatkan sebagai benteng yang paling teguh bagi menjaga dan mengawasi segala bentuk penyelewengan, penyesatan dan syak wasangka yang mungkin menyerang pemikiran seseorang Islam. Dewasa ini didapati banyak penyelewengan berlaku sama ada dari segi pemikiran atau percakapan, lebih-lebih lagi tingkah laku yang semuanya berpunca daripada ketidakfahaman terhadap asas akidah Islam secara mendalam, sedangkan kefahaman itu suatu tuntutan untuk melahirkan keyakinan dan penghayatan Islam secara menyeluruh. 

Di dalam bab ini penulis akan memfokuskan perbincangan mengenai definisi akidah, menyentuh secara umum tentang prinsip-prinsip akidah dan penulis juga akan membincangkan tentang beberapa perkara yang penting berkaitan dengan akidah. 

Definisi Akidah  

Akidah Dari Segi Bahasa

 Perkataan akidah dalam bahasa Arab berasal dari kata dasar ‘aqada yang bermaksud “ikat”. Dari kata ini lahirnya perkataan al-‘aqd yang mambawa maksud hukum, perjanjian dan pemastian, seperti akad sumpah, akad nikah dan akad jual beli. Perkataan ‘aqidah (kata jama’nya ‘aqa’id) membawa maksud, apa yang berkaitan dengan pegangan dan anutan dan tidak termasuk aspek amalan. Ia juga bermaksud hukum yang tidak syak lagi bagi seseorang individu. Makna yang akhir ini disebut juga sebagai mu’taqad (jama’nya mu’taqadat).2 Akidah yang berasal dari kata kerja ’aqoda, ya’qidu’ juga membawa maksud ikatan atau simpulan yang kuat dan teguh seperti tali.3 Dalam al-Quran tidak terdapat perkataan akidah, namun perkataan dasarnya iaitu ‘aqoda ( عقد ( telah disebut sebanyak tujuh kali dalam lima surah berlainan: 




CIRI CIRI AKIDAH YANG SAHIH 

  1. Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya, hari akhirat, qadha’  dan qadar yang menjadi rukun iman.
  2. Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang menjadi asas agama Islam.
  3. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari aqidah yang sahih.
  4. Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah yang sahih adalah sia sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah.
  5. Ciri ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah.
  6. Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu, rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas.
  7. Ciri ciri aqidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid.
  8. Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan aqidah sahih itu.
  9. Rasulullah SAW dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak Baginda menyembah berhala mereka.
  10. Aqidah yang sahih adalah aqidah yang berlandaskan “al Quran dan al Sunnah” uang diistilahkan “aqidah ahli al sunnah wal jamaah”  iaitu iktikad yang mengikut iktikad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.


KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TERSEBUT

1.Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt

2. Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya

3. Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah

4.Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan

5.Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka

6.Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang



















KESIMPULAN

Akidah Islam adalah prinsip utama dalam pemikiran Islami yang dapat membina setiap individu muslim sehingga memandang alam semesta dan kehidupan dengan kaca mata tauhid dan melahirkan konotasi-konotasi valid baginya yang merefleksikan persfektif Islam mengenai berbagai dimensi kehidupan serta menumbuhkan perasaan-perasaan yang murni dalam dirinya. Atas dasar ini, akidah mencerminkan sebuah unsur kekuatan yang mampu menciptakan mu’jizat dan merealisasikan kemenangan-kemenangan besar di zaman permulaan Islam. Demi membina setiap individu muslim, perlu kiranya kita mengingatkannya tentang sumbangsih-sumbangsih akidah yang telah dimiliki oleh orang-orang sebelumnya dan meyakinkannya akan validitas akidah itu dalam setiap zaman dan keselarasannya dengan segala era.


RUJUKAN


https://abdullahdazid.blogspot.com/p/akidah.html?m=1


http://studentsrepo.um.edu.my/5371/2/Bab_2_2010.pdf


https://www.facebook.com/EddyWan.IamMuslim/posts/kepentingan-mempelajari-ilmu-akidahantara-beberapa-kepentingan-mempelajari-ilmu-/322957027847309/


https://fitrahislami.wordpress.com/2012/01/15/ciri-ciri-aqidah-yang-sahih/


Comments